Kek Lapis Sarawak tidak asing lagi jika diceritakan tentang Sarawak. Buah tangan yang wajib anda bawa pulang jika anda datang ke Sarawak.
Pada kali ini, kami memilih Kedai Kek Lapis Warisan yang terletak di Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce, Kuching. Tidak jauh dari bandaraya Kuching, kedai Kek Lapis Warisan terkenal di Kuching dan ramai yang mencadangkan untuk kami mencuba Kek Lapis Warisan.
Di sini, terdapat banyak pillihan kek lapis yang membuatkan anda rambang mata dan yang paling best, anda dapat merasa sendiri perisa-perisa yang sangat unik seperti Kek Lapis Belacan, Masam Manis, Kek Lapis Cadbury, Choc Cheese dan bermacam-macam lagi perisa.
Selain membeli kek lapis, anda juga dapat melihat proses membuat kek lapis di sini. Kalau dilihat cara pembuatannya sangat rumit dan memerlukan kesabaran yang tinggi serta masa yang agak panjang untuk menyiapkan Kek Lapis Sarawak ini kerana ianya perlu melapis setu layer dan bakar, ulang proses yang sama sampai habis. Kami ada menyediakan video untuk anda tonton.