Muzium Budaya Borneo
Muzium Budaya Borneo adalah muzium yang terbesar di Asia Tenggara yang telah dibuka bermula 9 Mac 2022. Muzium Budaya Sarawak ini merupakan Muzium kedua terbesar di Asia Tenggara. Di sini anda dapat melihat dan mempelajari budaya di Borneo, tarian, kraft tangan dan lagu tradisional Sarawak.Terletak di tengah-tengah bandaraya Kuching, berhampiran dengan Sarawak Waterfront, apa yang anda dapat lihat dari segi bangunan sangat unik dan salah satu daya tarikan di Kuching, Sarawak.
Kadar Bayaran Kemasukkan di Muzium Budaya Borneo
Muzium Budaya Borneo dibuka setiap hari, waktu operasi berbeza, iaitu Isnin-Jumaat : 9Pagi-4.45 petang manakala Sabtu & Ahad dibuka : 9.30Pagi-4.30Petang. Harga Tiket masuk pula, untuk Warganegara Dewasa RM20 dan Kanak-kanak RM12 (12 tahun ke atas). Untuk Bukan Warganegara pula harga yang ditawarkan untuk Dewasa RM50,manakala Kanak-kanak pula RM20.
Antara pameran yang terdapat didalam Muzium Budaya Borneo ini seperti Manik Orang Ulu (hiasan manik), Sejarah Sarawak, Pameran topeng kaum di Sarawak, dan banyak lagi pameran-pameran yang ada di sini. Di sini juga terdapat aktiviti-aktiviti yang disediakan untuk kanak-kanak, jadi anda boleh bawa bersama anak anda ke Muzium Budaya Borneo ini.
Di sini, terdapat juga menjual barangan kraf tangan, kedai menjual makanan. Anda patut datang ke sini bila datang ke Kuching, Sarawak. Selain tempat yang selesa untuk dilawati. Kami juga ada menyediakan video ringkasan perjalanan kami di Muzium Budaya Borneo.