7 Tempat Menarik di Kuching Yang Wajib Dilawati (Panduan 2026)

7 Tempat Menarik di Kuching Yang Wajib Dilawati

7 Tempat Lawatan Menarik di Kuching
7 Tempat Menarik di Kuching Yang Wajib Dilawati

Kuching merupakan ibu negeri Sarawak yang terkenal dengan keindahan alam semula jadi, kepelbagaian budaya dan makanan yang unik. Bandar ini menawarkan pelbagai destinasi menarik yang sesuai untuk percutian bersama keluarga, pasangan mahupun rakan-rakan. Sama ada anda ingin menikmati suasana bandar, melihat hidupan liar atau mengenali warisan budaya Sarawak, Kuching mempunyai sesuatu untuk semua. Kalau pertama kali datang ke Kuching, 7 lokasi ini memberikan gabungan terbaik antara budaya, alam semula jadi, sejarah dan pemandangan bandar.

Berikut ialah tujuh tempat menarik di Kuching yang wajib anda masukkan dalam jadual perjalanan.

Kuching Waterfront

7 Tempat Lawatan Menarik di Kuching

📍 Lokasi: Jalan Main Bazaar, 93000 Kuching, Sarawak

📍 Google Maps: 

Kuching Waterfront merupakan mercu tanda paling terkenal di bandar Kuching. Laluan pejalan kaki sepanjang Sungai Sarawak ini menjadi tumpuan pelancong tempatan dan antarabangsa kerana suasananya yang tenang serta pemandangan yang cantik, terutama ketika matahari terbenam.

Di sini, anda boleh melihat bangunan ikonik seperti Dewan Undangan Negeri Sarawak, Fort Margherita dan Darul Hana Bridge. Pada waktu malam, kawasan ini menjadi lebih meriah dengan persembahan jalanan, gerai makanan dan pancutan air berirama.

Aktiviti yang boleh dilakukan:

  • Bersiar-siar di tepi sungai
  • Menikmati Sarawak River Cruise
  • Membeli cenderamata di Main Bazaar
  • Bergambar ketika matahari terbenam
  • Menikmati makanan tempatan

Waktu sesuai berkunjung: 5.00 petang – 10.00 malam

Borneo Cultures Museum

7 Tempat Lawatan Menarik di Kuching

📍 Lokasi: Jalan Tun Abang Haji Openg, 93400 Kuching, Sarawak

📍 Google Maps:

Borneo Cultures Museum ialah muzium terbesar di Malaysia dan antara tarikan utama di Kuching. Bangunan ikonik setinggi lima tingkat ini mempunyai reka bentuk moden yang diinspirasikan daripada identiti budaya Sarawak. Pengunjung boleh mengenali dengan lebih dekat kehidupan masyarakat pribumi, adat tradisional, seni, sejarah serta kekayaan alam Borneo melalui galeri moden yang interaktif.

Ia sangat sesuai dikunjungi oleh keluarga, pelajar dan pelancong yang ingin mengenali kepelbagaian etnik di Borneo.

Tarikan utama:

  • Galeri budaya Sarawak
  • Pameran artifak tradisional
  • Pameran interaktif
  • Ruang bergambar yang menarik

Kenapa wajib datang?
Sesuai untuk keluarga, pelajar dan pelancong yang ingin memahami Sarawak dengan lebih mendalam, selain menjadi lokasi menarik untuk bergambar dan menambah ilmu mengenai keunikan Bumi Kenyalang.

Tempoh lawatan: 2–3 jam

Semenggoh Wildlife Centre

7 Tempat Lawatan Menarik di Kuching

📍 Lokasi: KM 20, Borneo Highland Road, 93250 Kuching, Sarawak, Malaysia

📍 Google Maps:

Semenggoh Wildlife Centre bukan sekadar tempat melihat orang utan. Kawasan ini merupakan pusat konservasi dan penyelidikan yang dikelilingi hutan hujan tropika, jadi pengunjung boleh menikmati beberapa pengalaman menarik sepanjang lawatan.

Antara aktiviti menarik semasa melawat ke Semenggoh Wildlife Centre: 

  • Melihat Orang Utan Borneo – Tarikan utama ialah peluang melihat orang utan separa liar bergerak bebas di habitat hutan. Mereka bukan berada di dalam sangkar dan bebas menentukan sama ada mahu muncul atau tidak.
  • Sesi Pemberian Makanan Orang Utan – Pengunjung berpeluang menyaksikan orang utan turun dari kawasan hutan untuk mendapatkan makanan tambahan yang disediakan penjaga. Kemunculan orang utan tidak dijamin kerana mereka masih mendapatkan makanan secara semula jadi di dalam hutan.
  • Menikmati Suasana Hutan Hujan Borneo – Perjalanan menuju kawasan utama membawa pengunjung melalui persekitaran hutan tropika yang menghijau. Ia memberikan pengalaman alam semula jadi yang berbeza daripada tarikan bandar Kuching.
  • Galeri & Informasi Orang Utan – Pengunjung boleh mengenali orang utan Semenggoh dengan lebih dekat melalui bahan informasi mengenai sejarah pusat konservasi, tingkah laku orang utan serta salasilah orang utan yang tinggal di kawasan tersebut.
  • Pemerhatian Hidupan Liar & Burung – Selain orang utan, kawasan hutan Semenggoh mempunyai pelbagai hidupan liar. Rekod rasmi turut menyebut spesies seperti enggang, helang, landak, beruang matahari dan ungka dalam sejarah pusat rehabilitasi tersebut.
  • Fotografi Alam & Orang Utan – Semenggoh merupakan lokasi menarik untuk fotografi hidupan liar—terutamanya apabila orang utan bergerak dari pokok ke pokok atau ibu orang utan muncul bersama anaknya. Pengunjung perlu mematuhi arahan ranger dan mengelakkan penggunaan flash.

Jong's Crocodile Farm & Zoo

7 Tempat Lawatan Menarik di Kuching

📍 Lokasi: Jalan Kuching – Serian, 94200 Siburan, Sarawak, Malaysia

📍 Google Maps:

Jong’s Crocodile Farm & Zoo merupakan salah satu tarikan hidupan liar terkenal di Sarawak, terletak di Siburan, kira-kira 29 km di Jalan Kuching–Serian. Ia bermula daripada minat keluarga Yong terhadap haiwan selepas memperoleh enam ekor anak buaya pada tahun 1963, sebelum berkembang menjadi sebuah ladang pembiakan buaya dan zoo yang besar. Dikelilingi pokok tropika dan kehijauan semula jadi, kawasan ini memberi peluang kepada pengunjung melihat buaya air masin dari jarak dekat dengan selamat. Selain buaya, zoo ini turut menempatkan pelbagai haiwan seperti beruang matahari, bearcat, monyet, rusa, ular sawa, kura-kura, burung eksotik dan ikan gergasi Arapaima.

Antara aktivit menarik ketika berada di Jong’s Crocodile:

  • Pertunjukan Memberi Makan Buaya dan Ikan Gergasi Arapaima – Antara acara paling menarik. Pengunjung boleh menyaksikan buaya air masin melompat dan menyambar makanan. Sesi rasmi berlangsung pada 11.00 pagi dan 3.30 petang setiap hari.
  • Muzium Buaya & Bujang Senang – Muzium ini mempamerkan sejarah serta legenda buaya Sarawak, termasuk tengkorak Bujang Senang, gambar bersejarah, telur buaya, replika rangka dan sarang buaya.
  • Kolam Pembiakan Buaya – Pengunjung boleh melihat buaya pada jarak dekat dari kawasan pemerhatian yang dilindungi pagar keselamatan. Ladang ini mempunyai kolam pembiakan semula jadi dan menempatkan sejumlah besar buaya yang dibiakkan dalam kurungan.
  • Mini Zoo – Selain buaya, terdapat haiwan seperti monyet, sun bear, bearcat, rusa, kura-kura, kelawar buah, biawak, ular sawa, burung pheasant dan southern cassowary.

Terakhir sekali, banyak peluang mengambil gambar hidupan liar dan suasana semula jadi. Sebelum pulang, pengunjung juga boleh singgah di kedai cenderamata yang menawarkan pelbagai barangan bertemakan buaya.

Kampung Budaya Sarawak (Sarawak Cultural Village)

7 Tempat Lawatan Menarik di Kuching

📍 Lokasi: Pantai Damai Santubong, Kampung Budaya Sarawak, 93752 Kuching, Sarawak, Malaysia

📍 Google Maps:

Sarawak Cultural Village atau Kampung Budaya Sarawak merupakan sebuah Living Museum yang terkenal di kawasan Damai, Santubong. Berkeluasan kira-kira 17 ekar, destinasi ini membolehkan pengunjung mengenali kepelbagaian budaya dan cara hidup masyarakat Sarawak dalam satu lokasi.

 

Antara pengalaman utama ialah meneroka tujuh budaya utama Sarawak melalui rumah tradisional Bidayuh, Iban, Orang Ulu, Penan, Melanau, Melayu dan Cina. Setiap rumah mengetengahkan seni bina, pakaian, kraftangan, muzik dan aktiviti tradisional yang tersendiri. 

Antara tarikan yang boleh dinikmati ialah:

  • Pemandangan & Spot Bergambar
  • Menonton persembahan kebudayaan yang menampilkan tarian dan muzik pelbagai etnik Sarawak. Persembahan dijadualkan pada 11.30 pagi dan 4.00 petang setiap hari.
  • Mencuba aktiviti seperti sumpit Penan, permainan tradisional, menumbuk padi, melihat pembuatan  manik dan tenunan, serta mengenali proses menghasilkan sagu. 
  • Menerokai Rumah Panjang Iban, Rumah Bidayuh, Pondok Penan, Rumah Tinggi Melanau, Rumah Ladang Cina dan Rumah Melayu.
Untuk persembahan kebudayaan, ianya dijadualkan pada 11.30 pagi dan 4 petang. Adalah digalakkan menyusun masa terlebih dahulu sebelum memulakan perjalanan.

 

Sarawak Royal Cruise - Sunset Viewing

7 Tempat Lawatan Menarik di Kuching

📍 Lokasi: Kuching Waterfront, Jalan Main Bazaar, 93100 Kuching, Sarawak, Malaysia

📍 Google Maps:

Royal Kuching Cruise merupakan salah satu aktiviti menarik untuk menikmati keindahan Sungai Sarawak dan bandar Kuching dari atas kapal. Pelayaran ini sangat sesuai dilakukan pada waktu petang kerana pengunjung berpeluang menikmati suasana matahari terbenam sambil menyaksikan mercu tanda ikonik di sepanjang sungai. Sepanjang perjalanan, pengunjung boleh menikmati panorama Kuching Waterfront, Bangunan DUN Sarawak, Jambatan Darul Hana, Astana Negeri Sarawak, Fort Margherita serta perkampungan Melayu di sepanjang Sungai Sarawak. 

Antara tarikan Sarawak Royal Cruise adalah:

  • Berdasarkan maklumat rasmi terkini, hiburan atas kapal termasuk:

    • 5 set persembahan tarian kebudayaan Sarawak — menampilkan budaya seperti Orang Ulu, Iban, Bidayuh, Melanau dan Joget Sarawak.
    • Persembahan Sape secara live — muzik tradisional Sarawak dimainkan sepanjang pengalaman pelayaran.
    • Live commentary — penerangan dalam Bahasa Inggeris mengenai mercu tanda dan sejarah di sepanjang Sungai Sarawak.
    • Light refreshments — termasuk kek lapis Sarawak dan minuman.
    • 360° Sunset View — menikmati panorama matahari terbenam sambil persembahan berlangsung.

Untuk Sunset Cruise, jadual rasmi sekarang ialah 5:30 petang–7:00 malam setiap hari, dan persembahan bermula sekitar 5:55 petang.

Tasik Biru, Bau

7 Tempat Lawatan Menarik di Kuching

📍 Lokasi: Tasik Biru, 94000, Bau,  Sarawak, Malaysia

📍 Google Maps:

Tasik Biru merupakan salah satu tarikan terkenal di Bau, Sarawak, kira-kira 35 km dari bandar Kuching. Tasik ini merupakan bekas kawasan perlombongan emas yang kini telah berubah menjadi destinasi rekreasi dengan pemandangan tasik yang tenang dan dikelilingi kehijauan.

 

Nama “Tasik Biru” berasal daripada warna airnya yang kelihatan kebiruan atau kehijauan bergantung pada keadaan cuaca dan cahaya. Keindahan tasik serta latar bukit di sekelilingnya menjadikannya lokasi popular untuk bersantai dan fotografi.

Apa yang menarik di Tasik Biru?

  • Aktiviti air / bot – Pengunjung boleh menikmati pemandangan tasik dari atas air apabila perkhidmatan atau aktiviti beroperasi.
  • Spot bergambar – Tasik, bukit dan landskap sekitarnya menghasilkan latar foto yang menarik.
  • Pemandangan alam semula jadi – Sesuai untuk berjalan santai sambil menikmati suasana tasik.
  • Sejarah perlombongan emas – Kawasan Bau mempunyai sejarah yang kuat dengan aktiviti perlombongan emas.
  • Suasana santai – Sesuai dijadikan tempat persinggahan untuk keluarga, pasangan dan kumpulan pelancong.
  • Tarikan sekitar Bau – Lawatan ke Tasik Biru mudah digabungkan dengan Wind Cave, Fairy Cave, Siniawan atau kawasan pekan Bau.
Jarak perjalanan dari bandar Kuching ke lokasi lebih kurang 45–60 minit perjalanan, bergantung pada trafik.

Soalan Lazim (FAQs)

Sekitar 3 hingga 4 hari sesuai untuk menerokai tarikan utama di Kuching dengan lebih santai tanpa jadual yang terlalu padat.

Tasik Biru terletak di Bau, kira-kira 35 km dari Kuching. Perjalanan dengan kereta biasanya mengambil masa sekitar 45–60 minit, bergantung pada keadaan trafik.

Tidak. Orang utan bebas bergerak di kawasan hutan, jadi kemunculan mereka bergantung kepada keadaan semasa dan tidak boleh dijamin.

Antara pilihan ialah Jong’s Crocodile Farm & Zoo, Borneo Cultures Museum dan Kampung Budaya Sarawak kerana menawarkan pengalaman yang menarik serta berunsur pendidikan.

Selain sunset, pengunjung boleh menikmati pemandangan DUN Sarawak, Jambatan Darul Hana, Kuching Waterfront, Astana dan beberapa mercu tanda di sepanjang Sungai Sarawak. Sesetengah pakej cruise turut menawarkan persembahan kebudayaan.

Sebaiknya sediakan sekitar 3–4 jam supaya mempunyai masa menerokai rumah-rumah etnik, aktiviti kebudayaan dan menonton persembahan.

Borneo Cultures Museum merupakan pilihan utama, manakala kawasan sekitar Kuching Waterfront turut mempunyai beberapa bangunan dan mercu tanda bersejarah.

Kuching Waterfront dan Jambatan Darul Hana sangat menarik pada waktu malam apabila kawasan sekitar sungai dan mercu tanda bandar diterangi lampu.

Kesimpulan

Kuching merupakan tempat yang sesuai untuk pencinta alam kerana ianya lengkap dengan keindahan alam, kekdayaan budaya, sejarah dan hidupan liar yang unik. Setiap destinasi mempunyai keunikan tersendiri yang mampu memberikan pengalaman berbeza kepada para pengunjung. Apa yang menarik di Kuching bukan sahaja pada tempat-tempatnya, tetapi pengalaman dan kenangan sepanjang perjalanan. Bermula dari sifat masyarakat yang peramah, keunikan makanan yang sukar dijumpai di tempat lain, seni dan kraftangan tradisional, suasana bandar yang santai serta alam yang indah. 

Jadikan Kuching pilihan percutian anda dan cipta kenangan indah di Bumi Kenyalang! 

Ikram Trvael & Tour Sdn. Bhd.

✨ Jelajah Kuching, Nikmati Rasanya, Bawa Pulang Kenangannya. ✨