Pantai Damai Santubung Terletak bersebelahan dengan Sarawak Cultural Village, Pantai Damai Santubong merupakan salah satu tempat yang patut anda singgah jika anda datang ke Kuching Sarawak. Kebiasaanya pelancong akan bergerak di waktu pagi, dan sebelah tengahari diaorang akan pergi ke Sarawak Cultural Village.
Perjalanan mengambil masa selama 30-40 minit dari Bandar Kuching, bagi yang sukakan pemandangan semulajadi, Pantai Damai Santubong sangat sesuai untuk anda kunjungi. Jauh dari kesesakkan kota, tempat yang tenang dan juga di sini terdapat Resort untuk anda menginap di sini iaitu Hotel Santubong kuching Malaysia. Dikenali sebagai Damai Beach Resort. Untuk yang ingin bermalam di Damai Beach Resort , anda juga boleh bandingkan harga di Agoda
Trade mark di sini ialah patung burung tempat pelancong bergambar untuk kenangan. Selain pantai, di sini juga terkenal dengan aktiviti hiking gunung Santubong.
Berapa Jarak Pantai Damai Santubong dengan Pusat Bandar Kuching?
Jarak Pantai Damai Santubong dengan Pusat Bandar Kuching lebih kurang 22KM, anggran dalam 45 minit memandu kereta, jika anda dari Lapangan Terbang Kuching lebih kurang 1 jam perjalanan. Sebelum memulakan perjalanan Anda boleh waze : Pantai Damai Santubong
Untuk info lebih banyak Tempat- Tempat Menarik di Kuching Sarawak, anda boleh klik di sini https://www.maisinggah.com/tempat-menarik-di-sarawak/
Video di bawah kami kongisikan keindahan Pantai Damai Santubong
Jika anda ke Kuching Sarawak memerlukan kenderaan boleh menyewa kenderaan dengan syarikat kami, Kereta Sewa Kuching-Ikramtransports.
Anda Pernah mengungjungi Ke Pantai Damai Santubong Kuching Sarawak? Jom kongsi kan pengalaman anda di sini