Sarawak Cultural Village atau dikenali sebagai Kampung Budaya

Kampung Budaya Sarawak merupakan salah satu tempat popular yang berbaloi untuk anda kunjungi. Sarawak adalah salah satu negeri yang kaya dengan kebudayaan. Bagi yang datang melancong di Kuching, Sarawak anda wajib datang ke sini kerana di Sarawak Cultural Village, mempunyai muzium hidup yang dibina untuk melihat dengan lebih dekat lagi kehidupan masyarakat etnik di sini.Perjalanan selama 45minit dari Bandar Kuching, Terletak di Kawasan kaki Gunung Santubong yang mempunyai pelbagai mitos. 

Pintu Gerbang Kampung Budaya Sarawak

Sampai di pintu gerbang Kampung Budaya Sarawak,  anda perlu membuat pendaftaran, di sini saya kongsikan kadar bayaran untuk masuk ke Kampung Budaya Sarawak. Bayaran untuk masuk ke Sarawak Cultural Village untuk Warganegara Dewasa: RM85  , manakala  Kanak-kanak: RM55 dan Bukan Warganegara untuk Dewasa: RM117 dan  Kanak-kanak: RM8

Anda boleh melihat bagaimana budaya setiap kaum di negeri Sarawak seperti bangsa Iban, Bidayuh, Orang Ulu, Penan, Melanau, Melayu dan Cina.Di sini, mereka memakai pakaian tradisional masing-masing serta anda boleh membeli dan merasai makanan tradisional setiap budaya di rumah-rumah di sini.Gambar di atas saya kongsikan salah satu rumah yang terdapat di Kampung Budaya Sarawak

Anda juga boleh melihat, dan mencuba sendiri permainan dan kraf tangan masyarakat di Sarawak Cultural Village (Kampung Budaya Sarawak). Sangat seronok melihat permainan seperti sumpit dan lain-lain lagi.Di dalam Sarawak Cultural Village juga terdapat restoran dengan makanan yang lazat dan ada juga kedai-kedai cenderahati. Anda perlukan masa 4-5jam untuk masuk di sini atau setengah hari untuk menerokai antara budaya yang ada di Sarawak yang dipamerkan di sini.

Gambar di atas saya kongsikan persembahahan tarian budaya-budaya di Kampung Budaya Sarawak ,apa yang bestnya penonton juga dapat mencuba tarian yang diadakan. Rugi tak cuba taw. Persembahan diadakan setiap hari dan 2kali sehari pada waktu pagi pukul 11 dan sebelah petang pada pukul 4 petang.

Walaupun Malaysia sudah mula membangun dengan pelbagai teknologi yang kian berkembang, mereka tidak lupa akan budaya dan adat yang dimiliki dalam diri mereka sejak dahulu lagi. Video di bawah kami kongsikan pengalaman kami semasa di Kampung budaya Sarawak

Jika anda datang ke Kuching dan memerlukan kereta sewa, anda boleh menyewa dengan Kereta Sewa Kuching-Ikramtransports. Selain kereta sewa pandu sendiri, mereka juga menyediakan perkhidmatan Tour bersama pemandu dan boleh bawa anda datang ke Sarawak Cultural Village. Jom kongsikan pengalaman anda di Kampung Budaya Sarawak

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *