Kuching Waterfront

Sesiapa sahaja yang datang ke Kuching, Sarawak pasti akan bergambar di tugu Kuching yang mana menjadi tempat wajib jika ke Kuching, Sarawak. Terletak di tengah-tengah bandar Kuching, ianya dikenali sebagai Kuching Waterfront.

Selain tugu kucing, di Kuching Waterfront ada keunikan tersendiri. Jadi tidak hairanlah Kuching Waterfront mempunyai tarikan tersendiri.Di tengah-tengah bandar Kuching, terdapat sungai yang dikenali sebagai Sungai Sarawak. Anda boleh menaiki Sarawak Tradisional Boat Cruise. Tambang boat RM60 untuk dewasa dan RM35 untuk kanak-kanak. Di atas boat ada disediakan refreshing seperti air dan makanan ringan iaitu kek lapis Sarawak.Uniknya pengalaman ini, anda dapat merasai pengalaman menaiki perahu untuk menyeberangi sungai Sarawak. Tambang untuk menaiki perahu ini hanya RM1.50 seorang tahun 2023. Saya difahamkan dahulu tambang hanya RM1 untuk seorang. Di seberang sungai dikenali sebagai perkampungan Boyan dan terdapat kedai-kedai kek lapis dan sangat meriah di waktu petang.Jika anda hendak menaiki perahu untuk melihat pemandangan, boleh minta mereka bawakan. Tambang untuk dewasa adalah RM12, kanak-kanak Rm6 untuk setengah jam.

Bangunan Dun Sarawak

Di Kuching Waterfront ini terdapat satu tarikan lagi iaitu Bangunan DUN Sarawak. Di waktu malam sangat meriah dengan persembahan Kuching Waterfront MusicalFountain.Kami cadangkan anda untuk datang ke sini pada waktu petang hingga ke malam kerana di Kuching Waterfront anda boleh santai-santai dan juga boleh menikmati makan makan di gerai-gerai yang berada di situ.

Video di bawah kami kongsikan pengalaman kami di Kuching Waterfront

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *