Jong’s Crocodile Farm & Zoo

Sinonim di Sarawak dengan Bujang Senang. Di Malaysia, mempunyai beberapa Taman Buaya. Namun, terdapat Taman Buaya terbesar yang ada di Sarawak iaitu Jong’s Crocodile atau dikenali sebagai Taman Buaya Jong.

Terletak di 18 ½ miles, tempat menarik di Sarawak yang wajib anda kunjungi ini mengambil masa 30 minit dari Bandar Kuching menggunakan Kuching Serian Highway.

Jong’s Crocodile ini dibuka setiap hari daripada 9 Pagi sehingga 5 Petang termasuk hari cuti umum.

Harga tiket masuk pula, sangat berbaloi denga napa yang ada dapat kerana selain buaya. Di sini, anda dapat melihat haiwan lain juga.

Harga Tiket:

Malaysian (Mykad/Mykid)

Adult: RM20/pax

Children (3 to 11 years old): RM10/pax

Non-Malaysian:

Adult: RM30

Children: RM20

Selain daripada itu, anda dapat belajar tentang lagenda bujang senang. Dapat melihat buaya yang terbesar yang berjaya ditangkap berumur lebih 50 tahun.

Saat yang paling ditunggu-tunggu di sini ialah waktu makan buaya. Anda dapat melihat pengalaman pekerja zoo memberi makan kepada buaya. Buaya di sini diberi makan 2 kali iaitu pada pukul 11 pagi dan 3 petang.

Selain buaya, anda dapat melihat mereka memberi makan Arapaima pada pukul 11.30 pagi dan 3.30 petang.

Jong’s Crocodile agak jauh daripada bandar, tetapi di sini terdapat refreshment corner untuk anda menikmati minuman ringan dan juga jika anda ingin membawa pulang cenderahati, terdapat souvenier dan gift shop di sini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *