Pasar Serikin Sarawak

Pasar Serikin adalah syurga membeli belah untuk pelancong yang datang ke Kuching, Sarawak.

Kepada yang gemar membeli-belah, anda wajib dating ke sini.

Serikin adalah sempadan Malaysia-Indonesia di mana majoriti peniaga di sini adalah peniaga daripada Indonesia. 

Ia merupakan tempat menarik di Kuching, Sarawak.

Dibuka pada setiap hujung minggu iaitu daripada 6 pagi sehingga 6 petang pada hari Sabtu manakala 6 pagi sehingga 12 Tengah hari pada setiap hari Ahad.

Perjalanan daripada Bandar Kuching mengambil masa lebih kurang 1 jam.

 

Bagi anda yang baru pertama kali datang ke sini, dinasihatkan untuk datang awal kerana Serikin adalah sempadan di antara Malaysia dan Indonesia dan cuaca di sini sangat panas. Dinasihatkan waktu yang sesuai ialah pada pukul 8-10 pagi atau anda boleh membawa payung.

Syurga membeli belah di sini bagi anda yang gemar batik Indonesia, pelbagai jenis pakaian berasaskan batik dengan harga yang berpatutan.

Dan terdapat juga barangan kraf tangan seperti tikar buluh dan perabot Jati. Dikatakan di sini, harga yang dijual lebih murah daripada di pasaran dan kebanyakkan barangan kraf dibuat homemade daripada penduduk tempatan Indonesia. Ada sesetengah kedai yang anda boleh melihat proses membuat barangan kraf ini.

Pasti anda akan rambang mata jika datang ke sini dan tak akan lepaskan peluang untuk membeli cenderahati yang cantik dengan harga yang berpatutan.

Barangan makanan juga ada dijual di Pasar Serikin ini. Juga terdapat buah-buahan di sini.

Jika anda dating ke Kuching, Sarawak jangan lepaskan peluang untuk dating ke sini untuk melihat sendiri pengalaman yang tidak ada di tempat lain, dan jika dating ke Kuching, anda pasti memerlukan kereta sewa untuk bergerak. Anda boleh menyewa kereta di Kereta Sewa Kuching-Ikramtransports.

 

 

 

You need to add a widget, row, or prebuilt layout before you’ll see anything here. 🙂

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *