Taman Negara Bako
Taman Negara Bako merupakan Taman Negara yang terkceil di Asia dan merupakan Taman Negara yang tertua di Sarawak, ia terletak 37km dari Bandar Kuching, Taman Negara Bako merupakan salah satu tempat yang menjadi kunjungan pelancong, jika anda sukakan alam semula jadi, jangan lepaskan peluang untuk ke Taman Negara Bako.Taman Negara Bako ialah tanah rizab milik negara yang dijadikan kawasan perlindungan alam semulajadi, flora dan fauna atau bahan sejarah. Di Sarawak, juga mempunyai Taman Negara yang wajib anda lawati.
Sampai di Taman Negara Bako, anda perlu membuat pendaftaran masuk di kaunter. Harga untuk pendaftaran masuk adalah untuk Warganegara RM10 dan Bukan Warganegara RM20
Harga Tambang Bot
Di sini kami kongsikan gambar pemandangan di Jeti Negara Bako, selepas membuat pendaftaran di kaunter, kita tunggu giliran untuk menaiki bot. Dari Jeti Bako menuju ke Taman Negara Bako, anda perlu menaiki bot dan mengambil masa lebih kurang 40 minit untuk sampai dan ia bergantung mengikut kepada cuaca dan paras air. Harga untuk sewaan bot pula RM100 sehala untuk sebuah bot. Untuk sewaan bot, anda perlu bayar kepada pemandu bot semasa menaiki bot, Satu bot dapat muat 6 orang sahaja, jika anda dalam kumpulan yang ramai, anda mesti ambil 2 unit bot atau lebih. Semasa menaiki bot, anda di bekalkan dengan jaket keselamatan, setiap orang diwajibkan pakai jaket keselamatan termasuk juga kanak-kanak. Warga emas tidak sesuai ke Taman Negara Bako.
Berapa Lama Perjalanan Dari Jeti Bako ke Taman Negara Bako?
Jadual perjalanan biasanya pelancong akan bergerak awal pagi dari hotel ke Jeti Bako, saya cadangkan anda sampai di Jeti pada jam 9 pagi, bila dah sampai di Jeti Bako, anda akan di sediakan bot untuk ke Taman Negara Bako, sampai di Taman Negara Bako, anda boleh berjalan kaki untuk melihat keindahan alam Semula Jadi. Biasa jam 1 petang atau jam 2 petang dan ia bergantung kepada keadaan air laut untuk kita akan bertolak balik ke Jeti Bako. Kami sarankan anda membawa bekalan makanan semasa ke Taman Negara Bako. Disana juga ada cafe untuk minum dan makan dan ada juga tandas di sediakan.
Banyak Binatang Liar di Taman Negara Bako ?
Kat sini banyak Monyet probosis atau di panggil Monyet Belanda berhidung besar yang hanya ada di ( Borneo ), bermacam spesis burung dan haiwan-haiwan lain. Mengikut yang di sampaikan pemandu bot, anda di larang memberi makanan kepada monyet tersebut. Apa yang best pemandu bot akan guide anda dan akan terangkan kepada anda selok belok semasa berada di Taman Negara Bako.
Aktiviti di Taman Negara Bako yang anda boleh lakukan seperti mengembara melihat keindahan alam semulajadi. Ada 16 laluan hutan kerkod warna yang menawarkan pelbagai pilihan untuk mendaki. Jika anda tidak gemar dengan aktiviti lasak boleh berjalan kaki di denai hutan.
Bagi anda yang sukakan cabaran, boleh menyertai expedisi perkhemahan di sini. Namun, di Taman Negara Bako, ada chalet dan anda boleh menginap di sini. Walaubagaimanapun, penginapannya adalah asas selesa untuk bermalam.
Review dari Pelancong
” Seronok sangat pergi ke Taman Negara Bako, part menaiki bot moment yang tak dapat lupa, seronok sangat, insyaallah bila ke Kuching saya akan datang lagi ke Taman Negara Bako”-Apeng
” Saya suka tengok monyet belanda itu, jinak dan tidak kacau orang, hutan semula jadi yang sangat cantik dan yang best , pemandu bot banyak bantu kami semasa kami berada di sana, banyak info- info berkenaan Taman Negara Bako yang di kongsikan oleh pemandu bot”- Anwar
Jadi, anda patut datang ke Kuching, Sarawak untuk melihat sendiri keindahan alam semulajadi yang terpelihara. Bagi pencinta alam sekitar, saya sangat galakkan anda untuk singgah ke sini apabila sampai di bumi kenyalang. Untuk info lebih mengenai Taman Negara Bako anda boleh klik sini
Bagi anda yang bercadang untuk bercuti ke Kuching Sarawak dan ingin merasai pengalam memandu ke Taman Negara Bako, anda boleh menyewa kereta di Kereta Sewa Kuching-Ikramtransports. Kami kongsikan sedikit video pengalaman kami semasa di Taman Negara Bako
Jom kongsikan kepada kami pengalaman anda semasa di Taman Negara Bako!